Berita SemasaPM X

Projek HSR KL – Singapura diteruskan sekiranya dapat sokongan penuh syarikat swasta

Putrajaya – Projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura akan dihidupkan semula sekiranya mendapat sokongan penuh syarikat swasta.

Ini kerana, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kedudukan kewangan negara yang terhad menyebabkan kerajaan lebih mengutamakan projek-projek asas rakyat.

“Fokus kita adalah kepada mitigasi banjir, infrastruktur asas, pendidikan, kesihatan awam dan usaha membasmi kemiskinan.

“Kita juga masih menantikan penglibatan syarikat swasta yang mampu memberikan komitmen sepenuhnya kepada penyambungan projek ini,” katanya.

Anwar berkata demikian dalam sidang akhbar bersama Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong selepas Sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapira ke-11, di sini hari ini.

Kata Anwar, pihak Kementerian Pengangkutan (MOT) ada menerima beberapa cadangan beberapa syarikat swasta namun ia masih belum dimuktamadkan lagi.

“Sekiranya projek HSR dihidupkan semula, dana kerajaan yang digunakan hanyalah minimal dengan selebihnya ditanggung syarikat swasta yang terlibat dalam projek itu,” jelas Anwar.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button