BERITA SEMASA

Program MCMC Microsoft AI Teach tingkat kemahiran digital, buka peluang kerjaya lebih baik 

SEREMBAN – Seramai 400 peserta di sekitar negeri ini menyertai program Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Microsoft Kecerdasan Buatan (AI) Teach bagi meningkatkan tahap kemahiran digital khususnya berkaitan kemahiran AI.

Menurut MCMC dalam satu kenyataan, program itu berlangsung selama dua hari di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban dan Kuala Pilah serta di lebih 60 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh Negeri Sembilan.

“Program ini bertujuan untuk memperkukuh peluang kerjaya dengan memberi latihan menyeluruh khususnya kepada golongan rentan, dalam kemahiran Al.

“Peserta akan berpeluang mempelajari asas-asas AI, pertimbangan etika, serta kemahiran praktikal seperti penulisan resume dan pembangunan portfolio,” katanya.

Terdahulu MCMC bersama-sama rakan pelaksana, Biji-biji Initiative serta rakan kerjasama strategik iaitu UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban dan Kuala Pilah, dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), telah menganjurkan program itu dalam usaha memperkasakan komuniti setempat dengan pembangunan kapasiti AI.

Pelancaran program itu telah disempurnakan oleh Exco Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital Negeri Sembilan, Datuk Mohd Faizal Ramli.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Sektor Pembangunan Industri MCMC, Muhammad Razali Anuar; Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Ts. Dr. Aslizah Mohd Aris; Pengarah Kanan MCMC Wilayah Selatan, Mohamad Rizal Ahmad dan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Negeri Sembilan, Datuk Muhammad Nahar Sidek.

Turut hadir Pegawai Kanan Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO Negeri Sembilan, Sopana Palinisamy; Pengarah Kanan Sektor Awam Microsoft Malaysia, Azhar Abdullah serta Ketua Pegawai Ekosistem Biji-biji Initiative, Jeyasudan Balasundran.

Sekitar Majlis Pelancaran program MCMC-Microsoft AI TEACH peringkat Negeri Sembilan.

Dalam pada itu menurut MCMC, sejak dilancarkan pada 20 Jun 2024, seramai 1,352 peserta telah menyertai program itu.

“Setelah tamat latihan, peserta akan menerima sijil penyertaan dan mendapat bantuan sokongan penempatan pekerjaan melalui kerjasama dengan PERKESO melalui platform MyFutureJobs.

“Bantuan ini akan membantu mereka mencari peluang pekerjaan yang sesuai, meningkatkan kebolehpasaran, dan memperkukuh penyertaan dalam ekonomi digital.

“MCMC dan Microsoft Malaysia akan terus melaksanakan program MCMC Microsoft AI Teach ke negeri-negeri yang lain dan komited dalam usaha meningkatkan tahap kemahiran digital rakyat Malaysia demi memupuk keterangkuman digital,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button