BERITA SEMASA

Prof. Osman dilantik Rektor UIAM ke-7 – KPT

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hari ini mengumumkan pelantikan Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar sebagai sebagai Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang ketujuh.

Menurut KPT, pelantikan itu berkuat kuasa untuk tempoh dua tahun mulai 23 September 2024 hingga 22 September 2026.

Dr. Osman merupakan seorang tokoh pemikir Islam yang tersohor di tanah air, dan memiliki reputasi kepimpinan dan kesarjanaan dalam bidang Falsafah dan Ketamadunan Islam.

Peranan beliau dalam dunia Islam diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sehingga dinamakan sebagai antara 500 orang lslam paling berpengaruh di dunia pada 2009.

“Kementerian yakin dengan pelantikan ini, Prof Emeritus Dr Osman akan dapat mengangkat dan meningkatkan kedudukan UIAM sebagai universiti tersohor dalam peradaban Islam di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” kata kenyataan tersebut, hari ini.

Dr. Osman, penyandang Kursi Al-Ghazali di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (1STAC), UIAM adalah pemegang ljazah Sarjana Muda dan ljazah Sarjana dalam bidang Matematik dari University of London, United Kingdom dan ljazah Kedoktoran dalam bidang Falsafah lslam dari University of Temple, Amerika Syarikat.

KPT juga mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak atas jasa dan bakti beliau sepanjang menerajui UIAM sebelum ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button