PRN Sabah: Batik Air tawar tambang tetap RM309 bantu rakyat pulang mengundi
KUALA LUMPUR – Batik Air memperkenalkan tambang tetap serendah RM309 bagi beberapa laluan domestik ke Sabah bagi memudahkan rakyat negeri itu pulang menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu memaklumkan promosi tersebut meliputi laluan Kuala Lumpur–Kota Kinabalu, Kuala Lumpur–Sandakan, Kuala Lumpur–Tawau serta Subang–Kota Kinabalu.
Tempoh tempahan dibuka mulai sekarang hingga 2 November 2025, manakala tempoh perjalanan ditetapkan sehingga 30 November 2025.
Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy berkata, inisiatif itu bertujuan memberi kemudahan kepada pengundi Sabah yang perlu merancang perjalanan pulang dalam tempoh singkat, selain menyokong urusan perjalanan rakyat ketika musim pilihan raya.
“Kami memahami ramai pengundi Sabah perlu merancang perjalanan dengan jadual padat.
“Tawaran tambang tetap ini direka untuk memudahkan perjalanan mereka, dengan pilihan penerbangan yang selesa, diyakini dan mudah,” katanya lagi.
Beliau turut menasihatkan orang ramai membuat tempahan awal kerana jumlah tempat duduk adalah terhad dan tertakluk kepada ketersediaan.
Maklumat lanjut serta pembelian tiket boleh dibuat melalui aplikasi mudah alih Batik Air atau laman web rasmi syarikat itu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







One Comment