
Presiden Xi Jinping diberi sambutan negara, bakal menghadap Agong hari ini
KUALA LUMPUR – Presiden China, Xi Jinping, yang dalam rangka lawatan negara selamat tiga hari
ke Malaysia akan diberi sambutan negara dalam satu istiadat yang akan berlangsung di Istana Negara pagi ini.
Wisma Putra sebelum ini memaklumkam, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan meraikan Jinping dan delegasinya dalam satu majlis santapan negara.
Pada sebelah petang pula, Jinping yang diiringi Menteri-Menteri Kabinet dan pegawai kanan kerajaan dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Anwar dan Jinping turut dijadual menyaksikan majlis penandatanganan memorandum persefahaman dan bakal menyampaikan kenyataan bersama dua negara.
Selain itu, Perdana Menteri juga akan menganjurkan majlis makan malam rasmi untuk meraikan Jinping.
Lawatan atas jemputan Sultan Ibrahim itu sebahagian daripada siri lawatan negara pertama Jinping tahun ini yang turut merangkumi Vietnam dan Kemboja.
Sebagai rekod, kali terakhir Presiden China itu mengadakan lawatan negara ke Malaysia ialah pada tahun 2013.
Hasil lawatab itu menyaksikan kedua-dua negara meningkatkan hubungan diplomatik kepada Perkongsian Strategik Komprehensif.
Malaysia dan China telah menjalinkan hubungan diplomatik pada 31 Mei 1974, dengan kedua-dua negara telah meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik pada tahun lepas.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |