
Batik Air perketat polisi power bank dalam penerbangan
KUALA LUMPUR – Batik Air memperketatkan polisi penggunaan power bank dalam penerbangan berkuat kuasa serta-merta bagi memastikan keselamatan penumpang dan kru pesawat terjamin.
Menurut kenyataan rasmi syarikat penerbangan itu, penumpang kini hanya dibenarkan membawa maksimum dua (2) power bank yang perlu disimpan bersama mereka (On-Person) dan tidak boleh dimasukkan ke dalam bagasi kabin.
Power bank juga kekal dilarang dalam bagasi daftar masuk bagi semua penerbangan Batik Air.
Selain itu, penggunaan power bank di dalam kabin pesawat turut dilarang sepenuhnya sebagai langkah keselamatan tambahan.
Penumpang juga dinasihatkan agar berhati-hati apabila membawa power bank dengan ciri auto-magnetik kerana ia berisiko menimbulkan bahaya.
Batik Air memaklumkan bahawa polisi baharu ini selaras dengan Peraturan Barangan Berbahaya Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), yang menetapkan bahawa power bank tidak boleh melebihi kapasiti 100 watt-jam (Wh) atau 20,000 milliampere-jam (mAh).

Bagi memastikan pematuhan, peringatan keselamatan akan dipaparkan di kaunter daftar masuk, diumumkan dalam penerbangan serta diberi penekanan melalui taklimat keselamatan.
Pemeriksaan power bank juga akan dilakukan oleh kakitangan daftar masuk sebelum penumpang menaiki pesawat.
Batik Air menegaskan bahawa langkah itu diambil bagi memastikan keselamatan semua penumpang serta mengekalkan standard keselamatan penerbangan yang tinggi.
Untuk maklumat lanjut mengenai polisi terbaru ini, orang ramai boleh melayari laman web rasmi Batik Air di batikair.com.my.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |