BERITA SEMASA

Polis tutup jalan secara berperingkat sempena perayaan Masi Magam esok

KUALA LUMPUR – Polis akan melaksanakan penutupan dan pembukaan jalan secara berperingkat di sekitar ibu kota bagi memastikan kelancaran sambutan Perayaan Tahunan Masi Magam yang dijadual berlangsung esok.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, dua kereta pedati akan berarak dari Kuil Sri Subramaniar Swamy di Batu Caves ke Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun H.S. Lee bermula pukul 5 petang.

“Perarakan itu akan melalui beberapa laluan utama termasuk Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Jalan Sri Batu Caves, Jalan 46/10, Jalan Sentul Pasar, Jalan Sentul, Jalan Tanah Lapang, Jalan Enam dan Jalan Sentul sebelum memasuki Jalan Sultan Azlan Shah (Jalan Ipoh), Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Dang Wangi serta Jalan Ampang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, perarakan kemudiannya akan meneruskan perjalanan melalui Jalan Leboh Ampang, Jalan Tun Perak, Jalan Pudu, Jalan Tan Cheng Lock dan Jalan Sultan sebelum berakhir di Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H.S. Lee.

Mohd Zamzuri menasihati orang ramai supaya merancang perjalanan lebih awal dan mematuhi arahan pihak polis yang bertugas bagi memastikan kelancaran serta keselamatan perarakan terbabit.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh dikemukakan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999, Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-2026 0267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button