
Polis temukan rim tayar dipercayai punca kemalangan ngeri di Alor Gajah
ALOR GAJAH – Polis menemukan besi rim tayar dipercayai berasal daripada tayar lori yang menjadi punca kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara pada 23 Disember lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah, komponen tersebut ditemukan di Pusat Pelupusan Sampah di Jalan Solok, Tangkak, Johor.
“Rim besi itu telah diserahkan oleh pihak subkontraktor PROPEL (Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad) kepada polis, dan satu laporan rampasan telah dibuat. Komponen tersebut akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Laporan media sebelum in menyebut, polis sedang menggiatkan usaha mengesan tayar yang dipercayai menjadi punca kemalangan berkenaan.
Dalam kejadian pada 23 Disember lalu itu, tujuh maut manakala 33 cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran yang membawa 27 penumpang, dua buah lori, sebuah kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 204 Lebuhraya PLUS arah utara.
Siasatan awal mendapati, kemalanag berlaku apabila bas persiaran melanggar tayar lori yang berada di lorong tengah lebuh raya, menyebabkannya hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan tiga kenderaan lain.
Kejadian itu mengakibatkan lima penumpang MPV serta pemandu dan seorang penumpang bas berkenaan meninggal dunia.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






