
Polis temukan cubaan lupus buku berkaitan ajaran diikuti ahli GISBH
KOTA BHARU – Polis Kelantan menemukan puluhan buku berkaitan ajaran dan doktrin diperjuangkan GISB Holdings (GISBH) ditanam di tepi sungai berdekatan kediaman pengikut kumpulan berkenaan di Kampung Panji, di sini hari ini.
Laporan portal Buletin TV3 menyebut, masih terdapat juga buku yang sudah dibakar, dengan lokasi tersebut masih berbau asap, manakala buku yang lebih tebal dan besar ditanam bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Difahamkan, kesemua buku tersebut dipercayai ditanam selepas Ketua Pegawai Eksekutif GISBH ditahan polis, kelmarin.
Kesemua buku tersebut ditemukan ketika pelaksanaan operasi Op Global oleh Polis Kelantan, hari ini.
Bermula pada pukul 7 pagi tadi, operasi itu turut disertai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEIK).
Wartawan yang turut menyertai operasi terbabit mendapati, lebih 30 penghuni termasuk lebih 20 kanak-kanak yang mendiami tiga kediaman itu.
Kebanyakan penghuni di kediaman terbabit adalah keluarga kepada CEO GISBH termasuk isteri keduanya, menantu dan cucu.
Berdasarkan penghuni terbabit, mereka sudah mendiami kediaman itu sejak puluhan tahun lalu dengan ahli yang sering bertukar-tukar.
Media sebelum ini melaporkan, beberapa pemimpin kanan termasuk CEO GISBH dan isterinya antara ditahan polis awal pagi tadi dalam Op Global susulan laporan rumah amal kendalian syarikat itu didakwa melakukan penderaan, pengabaian serta salah laku seksual.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |