BERITA SEMASA

Polis siasat video keagamaan di tokong guna bunyi selawat

GEORGE TOWN – Kertas siasatan dibuka oleh polis negeri ini berhubung video upacara keagamaan Buddha yang menggunakan bunyi selawat sebagai audio latar belakang.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, video upacara keagamaan di sebuah tokong tersebut dikesan dimuat naik oleh pengguna akaun TikTok dengan nama ‘Ahchong60’ pada pukul 11.30 pagi tadi.

“Satu kertas siasatan dibuka oleh polis mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi dan biarkan pihak polis menjalankan siasatan berhubung isu ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu tular satu rakaman video berdurasi 20 saat memaparkan upacara keagamaan di sebuah tokong dengan berlatarbelakangkan selawat sehingga mencetuskan kemarahan umat Islam.

Sehubungan itu Hamzah berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak menyentuh isu bangsa, agama dan institusi diraja (3R) yang boleh mengundang kegusaran dan ketenteraman awam.

Tinjauan Malaysia Tribune mendapati video tersebut telah diturunkan daripada aplikasi TikTok.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button