BERITA SEMASA

Polis sedang kesan keluarga kanak-kanak didakwa pandu kereta

KUALA LUMPUR – Pihak polis dilaporkan sedang mengesan keluarga kepada tiga kanak-kanak dipercayai tiga beradik yang mana salah seorang daripada mereka dirakam sedang memandu kereta dalam satu video yang menjadi tular, sejak siang tadi.

Dalam video berdurasi 1 minit 49 saat tersebut, seorang wanita turut dirakam menegur seorang remaja lelaki dipercayai berusia 14 tahun sedang memandu kereta dipercayai model Perodua Viva, serta dinaiki dua lagi kanak-kanak dipercayai adiknya.

Difahamkan, kejadian yang dirakam dalam video berkenaan bukan pertama kali berlaku, sebaliknya remaja berkenaan didakwa sudah beberapa kali memandu kereta namun lokasinya tidak diketahui.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya sedang meneliti kes itu dan menyemak sama ada terdapat laporan dibuat atau tidak.

“Kita juga akan mengesan keluarga kanak-kanak terbabit untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada portal Harian Metro, petang tadi.

Terdahulu, video mengenai ‘pemandu cilik’ itu tular yang mendapat reaksi pelbagai masyarakat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button