Berita Semasa

Polis Sarawak sahkan Taib Mahmud kini berada di kediamannya

KUCHING – Polis mengesahkan bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud ketika ini berada di kediaman peribadinya di Demak Jaya, di sini.

“Beliau kini berada di kediamannya,” kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata kepada pemberita pada Rabu selepas melancarkan Ops Selamat sempena Tahun Baharu Cina, di sini.

Polis dalam pada itu turut mengesahkan menerima lapan laporan susulan kes melarikan dari sebuah pusat rawatan pakar pada Sabtu.

Ketika mengesahkan perkara tersebut, beliau berkata antara laporan itu termasuklah daripada ahli keluarganya sendiri.

“Kes masih dalam siasatan dan kita tak boleh nak (dedahkan), semua yang berlaku.

“Masih dalam proses siasatan,” katanya memetik laporan Astro Awani.

Sebelum ini, tular di media sosial berhubung laporan polis oleh seorang doktor yang memaklumkan Abdul Taib, 87, telah dilarikan dari pusat rawatan berkenaan yang bertentangan dengan nasihat perubatan.

Abdul Taib merupakan Yang di-Pertua Negeri Sarawak ketujuh dan telah memerintah selama 10 tahun hingga 29 Januari lalu.

Sebelum itu, pemimpin politik sejak penubuhan Malaysia pada 16 September 1963 ini merupakan Ketua Menteri Sarawak selama 33 tahun.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button