Polis sahkan ambil keterangan Tun M
PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia mengesahkan telah memanggil bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad untuk diambil keterangan berhubung penglibatannya dalam Sidang Meja Bulat Proklamasi Orang Melayu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri, Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, buat masa ini pihaknya tidak mahu mengulas mengenai perkara itu kerana siasatan masih lagi berjalan.
“Ya, saya sahkan,” katanya secara ringkas kepada Utusan Online.
Terdahulu Ketua Penerangan Pejuang, Muhammad Rafique Rashid Ali dalam sebuah video memaklumkan PDRM sekali lagi merakam percakapan bekas Perdana Menteri itu selama 30 minit hari ini.
Kata beliau, anggota Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman telah bertemu beliau di Yayasan Al Bukhary pada pukul 3 petang tadi.
Beliau mendakwa, rakaman itu berkaitan penglibatan Dr. Mahathir dalam program Sidang Meja Bulat Proklamasi Orang Melayu dan sidang media yang diadakan sejurus selepas acara tersebut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






