Berita Semasa

Polis mohon orang ramai bantu kesan kanak-kanak autisme hilang

PETALING JAYA – Polis memohon orang ramai membantu mengesan seorang kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun yang dilaporkan hilang sejak Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kanak-kanak berkenaan dikenali sebagai Zayn Rayyan Abdul Matiin.

“Kanak-kanak itu kali terakhir dilihat berada di kawasan perumahan Blok R Apartment Idaman Jalan PJU 10/1 Damansara Damai, di sini, pada jam 12 tengah hari, Selasa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tmbahnya, pakaian terakhir mangsa ialah baju kemeja t putih berkolar berlencana (Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 2), seluar dan kasut sekolah bewarna hitam.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan mangsa mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus ke bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button