
Polis mohon kerjasama orang ramai kesan anggota tentera hilang
JOHOR BAHRU – Polis memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang anggota tentera yang disyaki hilang sejak 15 hari lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, anggota yang dikenali Dodit Wilman, 25, kali terakhir dilihat meninggalkan rumah keluarga di Program Perumahan Rakyat (PPR) Cahaya Senibong, Masai (Johor) pada pukul 7.30 malam.
Bagaimanapun, Dodit yang sepatutnya melaporkan diri di Kem Tentera Iskandar, Mersing pada 16 Disember lalu, gagal dikesan sehingga kini.
“Cubaan ahli keluarga menghubungi lelaki itu melalui telefon juga tidak berjaya,” katanya dalm satu kenyataan, hari ini.
Tambah Raub, kenderaan terakhir digunakan Dodit adalah sebuah kereta Perodua Viva berwarna oren dengan nombor pendaftaran BKS 1233.
“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi individu tersebut boleh terus ke mana- mana balai polis berhampiran atau menghubungi talian IPD Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323,” katanya lagi.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |