
Polis buka kertas siasatan video Jalur Gemilang diturunkan, diganti bendera Sabah dan Sarawak
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan berhubung penularan video memaparkan Jalur Gemilang diturunkan sebelum diganti dengan bendera Sabah dan Sarawak.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata hasil siasatan awal mendapati insiden itu berlaku di Melbourne, Australia, 16 September lalu.
Beliau berkata, ia kononnya sebagai simbolik penamatan ‘penjajahan’ Malaysia ke atas kedua-dua negeri itu serta menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai republik.
“Polis menerima 35 laporan berkait penyebaran video itu, dengan 34 daripadanya di Sabah dan satu lagi di Kuala Lumpur,” katanya memetik laporan Bernama.
Razarudin berkata, hasil siasatan juga mendapati video itu disyaki ditularkan oleh pemilik akaun media sosial beralamat di Sabah yang memiliki dua rekod jenayah membabitkan Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Beliau berkata, lelaki itu sedang dibicarakan di mahkamah Kota Kinabalu tetapi dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM3,000 sementara menunggu sebutan semula kes pada November depan.
“Kita sedang menyiasat hubungan antara suspek dengan individu yang dirakam melakukan perbuatan berkenaan (menurunkan bendera),” ujarnya lagi.
Tambah Razarudin, kes disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
@malaysiatribune Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan berhubung penularan video memaparkan Jalur Gemilang diturunkan sebelum diganti dengan bendera Sabah dan Sarawak. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata hasil siasatan awal mendapati insiden itu berlaku di Melbourne, Australia, 16 September lalu. #malaysiatribune #malaysia #bendera #jalurgemilang
Video berdurasi lapan minit 13 saat itu memaparkan tindakan sekumpulan individu menurunkan Jalur Gemilang sebelum menaikkan bendera Sabah dan Sarawak pada paras separuh tiang di hadapan bangunan Parlimen di Victoria, Melbourne.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |