Berita Semasa

Polis belum dapat kenal pasti punca kematian bayi

Tunggu laporan makmal

PUTRAJAYA – Pihak polis masih belum dapat mengenal pasti punca kematian bayi perempuan berusia tiga bulan enam hari di rumah pengasuhnya di Presint 15, Putrajaya, kelmarin.

Berikutan itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, kes diklasifikasikan sebagai ‘Pending Laboratory Investigations’, iaitu menunggu laporan makmal.

“Bedah siasat telah dilakukan di pada pukul 3 petang, semalam.

“Bagaimanapun sebab kematian masih belum dikenal pasti dan sampel organ (mangsa) diambil oleh doktor untuk tujuan siasatan lanjut,” katanya, hari ini.

Dalam kejadian kelmarin, seorang bayi perempuan berusia tiga bulan enam hari meninggal dunia di rumah pengasuhnya di Presint 15, di sini.

Difahamkan, bayi malang itu baru sahaja dihantar selama dua hari ke rumah pengasuh tersebut.

Pemeriksaan fizikal ke atas bayi berkenaan tidak menemukan sebarang kecederaan.

Pihak polis telah turut merakam percakapan kedua ibu bapa mangsa dan pengasuh.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut setakat ini sementara menunggu keputusan bedah siasat dan laporan makmal.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button