
PNB, PHB digesa ganda usaha tingkat celik pelaburan Bumiputera
KUALA LUMPUR – Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) perlu menggandakan usaha bagi meningkatkan tahap celik pelaburan dalam kalangan masyarakat, khususnya Bumiputera, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, semua agensi dan syarikat berkaitan kerajaan yang memegang mandat pembangunan Bumiputera perlu terus menjadi pemacu dasar serta pelaksana utama inisiatif kerajaan.
“Saya tegaskan semua agensi dan syarikat berkaitan Kerajaan yang memegang mandat pembangunan Bumiputera mesti terus menjadi pemacu dasar dan pelaksana utama inisiatif Kerajaan, khususnya menerusi Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera (PuTERA35) yang telah pun dilancarkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca juga : PM ingatkan GLC jangan mudah jual aset, pegangan
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pelaburan Bumiputera (YPB) pagi tadi yang turut memfokuskan prestasi semasa syarikat-syarikat di bawah yayasan tersebut.
Anwar yang juga Menteri, Kewangan berkata, Perbadanan Nasional Berhad (PUNB) pula harus kekal komited memperkasa usahawan Bumiputera melalui akses kepada pembiayaan serta sokongan peningkatan kapasiti dan keupayaan perniagaan.
Beliau berkata, dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global, adalah penting untuk terus memperkukuh keperluan daya saing ekonomi domestik dan menjamin pulangan yang mampan kepada para pemegang unit amanah.
Dalam pada itu, mesyuarat itu turut sejajar dengan matlamat Malaysia MADANI yang memberi penekanan kepada pembangunan ekonomi yang inklusif dan mampan untuk semua lapisan masyarakat.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |