
‘Saya bukan boneka sesiapa’ – PM Anwar
PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau bukan boneka mana-mana pihak termasuk kepada DAP.
Menurut Perdana Menteri, dalam menjaga keharmonian negara, kesemua parti komponen dalam Perpaduan Perpaduan memainkan peranan yang penting.
“Saudara, yang PM saya, saya bukan boneka sesiapa.
“Umur akan cecah 76 tahun, saya tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Kalau boleh dibeli saya dah ‘kelencong’ lama dah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Buku Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam di Kompleks Islam Putrajaya, di sini hari ini.
Tambah Anwar yang juga Menteri Kewangan, dakwaan mengatakan DAP membantah sebarang program yang dianjurkan untuk Melayu dan Islam adalah tidak benar sama sekali.
Jelas Anwar, tiada bantahan daripada DAP berhubung apa-apa program berkaitan Islam sepanjang tujuh bulan beliau memimpin Kerajaan Persekutuan.
“Saya bukan hendak mempertahankan kawan- kawan DAP tetapi tidak sekali pun mereka pertikai program untuk Melayu, orang miskin dan Islam. Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali ada dalam mesyuarat Jemaah Menteri,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau bertekad untuk tidak akan mengizinkan mana-mana menteri terlibat dengan pengalahgunaan kuasa dalam mengambil hak rakyat.
“Selagi diberi diamanah sebagai pemimpin saya tidak akan izinkan menteri-menteri melakukan amalan salah guna kuasa termasuk Menteri Kewangan dan Perdana Menteri.
“Yang lalu, biarlah lalu. Bila bercakap soal sejarah ramai yang terpalit, hendak mencari yang rekod bersih susah.
“Yang cakap bersih ramai tetapi yang menyakau terlalu ramai. Jadi saya akan gunakan kuasa ini,” tegasnya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |