PMX

PM berjumpa perwakilan Malaysia di New Delhi

NEW DELHI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perjumpaan dengan diaspora Malaysia di pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, India.

Perdana Menteri berkata, dalam pertemuan tersebut, beliau menerangkan beberapa perkara penting terutamanya melibatkan dasar-dasar kerajaan.

Jelas Perdana Menteri, ia termasuk mencakup langkah mensasarkan semula subsidi diesel yang pastinya akan memanfaatkan negara dan rakyat untuk jangka masa panjang.

“Meski ia bukan langkah yang populis, tetapi masalah itu perlu didepani dengan cermat dan berani agar negara ini dapat diselamatkan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook milik beliau.

Dalam majlis yang sama, Perdana Menteri berkata, beliau turut menjelaskan mengenai kedudukan ekonomi negara yang kian berkembang dan terus kukuh.

“Berdasarkan dapatan dari Jabatan Perangkaan dan Bank Negara baru-baru ini yang melaporkan ekonomi negara berkembang 5.9 peratus melebihi unjuran asal,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Anwar memulakan lawatan kerja rasmi ke India selama tiga hari bermula kelmarin hingga Rabu.

Lawatan rasmi ini merupakan yang pertama sejak Anwar menerajui kerajaan pada 2022.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button