PM X

Peruntukan segera RM500 juta bagi selesai masalah air Kelantan – PM

BACHOK – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan segera sebanyak RM500 juta bagi menyelesaikan masalah air bersih di Kelantan.

Menurut Anwar, peruntukan tersebut diberikan selepas perbincangan antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri sebelum ini.

“Namun, ia (peruntukan) perlu diuruskan mengikut saluran yang betul. Peruntukan segera ini adalah sebahagian daripada peruntukan RM1.7 bilion yang diumumkan sebelum ini untuk menyelesaikan masalah air.

“Peruntukan itu bagi penggantian paip di Bachok dan Projek Loji Air di Tok Bali, Pasir Puteh,” katanya menerusi Program ‘Temu Anwar’ Kelantan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) hari ini.

Tambah Anwar yang juga Menteri Kewangan, projek bagi mengatasi masalah air di Kelantan itu juga akan dijalankan bersama Kerajaan Persekutuan dan Kelantan.

“Ini tidak asyik nak bergaduh saja, sedangkan rakyat hendak air bersih. Jadi kita bincang (dengan kerajaan Kelantan) nak minta peruntukan selesaikan masalah air.

“Saya kata nak minta banyak sangat tidak boleh. Jadi kita mulakan projek, tetapi ia dikendalikan bersama (Kerajaan Persekutuan dan Kelantan),” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Kelantan memohon peruntukan lebih RM8 bilion daripada Kerajaan Persekutuan bagi menyelesaikan masalah air.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button