PMX

Malaysia sokong usaha Qatar tamatkan krisis di Gaza

KUALA LUMPUR – Malaysia menyokong tindakan Qatar untuk memberi keutamaan kepada usaha menamatkan krisis kemanusiaan yang mendesak di Gaza.

Pendirian tersebut dizahirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu panggilan telefon bersama Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani, semalam.

“Sheikh Mohammed memaklumkan terdapat kesempatan yang baik untuk menjelmakan hasil positif dalam rundingan damai terkait konflik Palestin-Israel, dan ruang itu perlu dimanfaatkan sesegera mungkin,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menzahirkan penghargaan rakyat Malaysia atas peranan besar Qatar dalam usaha rundingan damai.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pihaknya juga bersetuju dengan permintaan Sheikh Mohammed yang mahu Malaysia membantu dalam usaha mewujudkan penyelesaian tuntas terhadap penderitaan rakyat Palestin.

“InsyaAllah sebagaimana permintaan Sheikh Mohammed, saya akan berhubung dengan Presiden Iran dan wakil Hamas sesegera mungkin bagi mempermudahkan rundingan damai, sekali gus menguatkuasakan gencatan senjata serta menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin,” ujarnya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button