Malaysia perlu manfaatkan potensi besar industri nadir bumi (REE)
KUALA LUMPUR – Malaysia perlu memanfaatkan potensi besar industri nadir bumi (REE) terutamanya daripada sumber tempatan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tegas Perdana Menteri, pemain-pemain antarabangsa yang memiliki kepakaran perlu didasarkan kepada matlamat akhir membangunkan keseluruhan rantaian industri dalam negara.
“Aktiviti penguatkuasaan juga perlu diperkemas bagi mengelak sumber negara dieksploitasi, yang akan mengurangkan hasil kepada Kerajaan dan merencat pembangunan industri REE negara,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 6 Tahun 2024, hari ini.
Mengulas mengenai inisiatif ‘New Deal for Business’ yang telah dipersetujui MTEN pada 21 Mac 2024, Anwar berkata, mesyuarat telah meneliti cadangan rangka kerja termasuk anjakan-anjakan besar bagi menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk menjalankan perniagaan, selaras kedudukan semasa negara dalam indeks daya saing global.
“Kerajaan yakin usaha-usaha ini akan terus meningkatkan keyakinan pelabur dan seterusnya memperkukuh asas ekonomi negara,” ujar Anwar yang juga Menteri Kewangan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






