PMX

Ketua Setiausaha Negara baharu diumum dalam masa terdekat – PM

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan pelantikan Ketua Setiausaha Negara yang baharu dalam masa terdekat.

Pelantikan baharu itu adalah bagi menggantikan Tan Sri Mohd Zuki Ali yang bakal menamatkan kontraknya pada 10 Ogos ini.

“Calon Ketua Setiausaha Negara, saya akan umum dalam masa terdekat,” kata Anwar selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Sebagai rekod, Mohd Zuki dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara pada 31 Disember 2019 menjawat semula jawatan itu secara kontrak untuk tempoh dua tahun mulai 11 Ogos 2022 hingga 10 Ogos 2024.

Sementara itu, Anwar dalam ucapannya menyifatkan Mohd Zuki sebagai tonggak penjawat awam yang komited dan tidak pernah mengeluh dalam menjalankan tugasnya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan mengakui komitmen yang ditunjukkan Ketua Setiausaha Negara itu dalam membantunya untuk mengemudi Malaysia.

“Saya bersyukur kerana sejak menjawat jawatan Perdana Menteri, saya didampingi selain rakan Jemaah Menteri, ialah tonggak dalam perkhidmatan awam, Tan Sri Mohd Zuki Ali sebagai Ketua Setiausaha Negara dan kebetulan ini perhimpunan terakhir beliau.

“Saya nak ambil kesempatan ini untuk menyatakan pengharagaan dan rasa terhutang budi saya kerana beliau walaupun berpengalaman dengan Perdana Menteri sebelumnya, tetapi menjalankan khidmat benar-benar profesional,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button