PMX

Kerajaan umum kaedah kasar kenaikan gaji penjawat awam bulan ini

KUALA LUMPUR – Kenaikan gaji melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) akan diumumkan secara kaedah kasar terlebih dahulu, pada Ogos ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perincian bagi SSPA itu akan diumumkan melalui Belanjawan 2025, Oktober ini sebelum ia dilaksanakan pada 1 Disember.

“Dalam tempoh beberapa minggu ini, kita akan mengumumkan kaedah kasar yang membuktikan dalam sejarah Malaysia, walaupun ada suara pembangkang yang tidak pernah reti bersyukur dan menerima kenyataan, namun percayalah apabila saya umumkan bulan Ogos ini.

“Lengkapnya (perincian) seperti mana saya janjikan pada Oktober dan dilaksanakan 1 Disember ini,” katanya yang juga Menteri Kewangan.

Beliau berkata demikiann dalam ucapan pelancaran Perumahan Penjawat Awam Malaysia Madani di sini, hari ini.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, sebanyak tiga perkara ditekankan dalam menyelaraskan gaji penjawat awam iaitu disebabkan tiada kajian menyeluruh kenaikannya sejak 12 tahun lalu selain bagi mengiktiraf peranan penjawat awam.

Anwar berkata, melalui penyelarasan gaji ini, kerajaan juga mahu khidmat penjawat awam jauh lebih baik setimpal dengan kenaikan gaji mereka.

“Sebabnya, pertama, negara membangun, tetapi selama 12 tahun, tidak ada kajian menyeluruh kenaikan gaji, 12 tahun. Kedua, kerana mengiktiraf peranan mereka selama ini.

“Kerajaan silih berganti, Perdana Menteri silih berganti, tapi penjawat awam punyai tugas secara profesional melaksanakan amanah ini.

“Ketiga yang penting dengan pelarasan gaji ini kita mahu supaya khidmat mereka kepada rakyat jauh lebih baik setimpal dengan gaji diterima,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button