
Kerajaan setuju wujudkan Tabung Wakaf MARA Madani, sasar dana RM1 bilion untuk 2 tahun
PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju untuk mewujudkan Tabung Wakaf MARA Madani dengan sasaran dana berjumlah RM1 bilion dalam tempoh dua tahun yang akan diterajui oleh MARA dan dilaksanakan oleh Yayasan Pelajaran MARA.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kewujudan tabung tersebut adalah selaras dengan usaha kerajaan dalam memperkasakan agenda bumiputera di negara ini.
Jelasnya, Tabung Wakaf MARA Madani akan memberi manfaat kepada 70.1 peratus rakyat bumiputera dan memastikan keterjaminan pendidikan, kebajikan, kesihatan, keusahawanan dan pengangkutan.
“Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga telah memberi limpah perkenan untuk menjadi penaung kepada sistem wakaf ini.
“Prestasi Wakaf MARA Madani akan dilaporkan secara berkala kepada Majlis Raja-Raja Melayu,” kata Anwar dalam ucapanya pada Majlis Penutupan Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB) di PICC Putrajaya hari ini.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan turut bersetuju untuk melanjutkan potongan cukai bagi wakaf berasaskan saham seperti Wakaf ASNB dan Waqaf An-Nur di bawah Johor Corp.
“Bagi memanfaatkan tanah-tanah wakaf terbiar, Belanjawan Madani 2024 juga telah menyediakan dana pembiayaan berjumlah RM500 juta sebagai galakan untuk membangunkan tanah-tanah wakaf agar dapat menjana pendapatan mampan dan menyediakan rumah-rumah mampu milik,” katanya lagi.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |