PMX

BRICS: Malaysia tidak harus terikat dengan satu blok sahaja – PM

KUALA LUMPUR – Tiada masalah untuk Malaysia menyertai kesatuan ekonomi dipelopori Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan (BRICS) kerana ia tidak bercanggah dengan dasar luar negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, beliau menyifatkan langkah menyertai BRICS mampu memberikan kebaikan kepada ekonomi negara memandangkan Malaysia merupakan negara bebas dan merdeka.

Kata Ahli Parlimen Tambun itu, Malaysia tidak seharusnya bergantung kepada kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS) dan terikat dengan satu blok sahaja, sedangkan ada blok baharu yang meningkat naik.

“Kita lihat penyertaan dalam brics ini tidak menjadi satu permasalahan kerana negara menyertai BRICS ini juga menyertai dan mempunyai hubungan dagang yang baik dengan Eropah, AS dan negara lain.

“Bagi saya, hanya perkembangan dari masa ke masa dan keadaan sekarang nampaknya menuntut kita secara tegas, menjalin jaringan supaya kepentingan perdagangan kita terjaga.

“Pada saya penting sekali adalah perdagangan, ekonomi negara kita. Kenapa kita harus terikat dengan satu blok?

“Sekarang bila ada satu blok baharu yang beri saingan, kita terus menjalin hubungan dengan kedua-dua, atau kalau boleh ketiga, keempat.

“Sebab itu bila Indonesia dan Thailand menyatakan minat, malah bersama memohon untuk Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), kita pun ambil sikap sama. Global South, Europe dan AS ” katanya yang juga Menteri Kewangan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Halimah Ali (PN – Kapar) yang meminta penjelasan mengapa Malaysia berubah pendirian dan bersetuju menyertai BRICS di Dewan Rakyat sesi pagi hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button