BERITA SEMASAPMX

PM umum RM254.8 juta bagi projek infrastruktur TLDM Lumut

LUMUT – Kerajaan memperuntukkan RM254.8 juta untuk pelaksanaan beberapa projek infrastruktur penting di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut tahun ini, sebagai usaha memperkukuh kesejahteraan warga pasukan pertahanan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara peruntukan terbesar ialah pembinaan kompleks klinik pakar dan kerja-kerja naik taraf Hospital Angkatan Tentera (ATM) Lumut yang melibatkan kos sebanyak RM65 juta.

“Yang ini saya minta Setiausaha Kerajaan Negeri supaya segera laksanakannya.

“Peruntukan telah diluluskan. Ini sebahagian daripada usaha kita untuk tambah baik kemudahan demi kesejahteraan warga TLDM,” katanya memetik laporan Berita RTM.

Selain itu, tiga lagi projek besar turut diluluskan iaitu naik taraf sistem agihan bekalan voltan tinggi (33kV) sebanyak RM100 juta, penggantian tangki operasi Bulk Fuel Installation (RM23.3 juta) dan naik taraf jeti operasi Tambatan Pangkalan Lumut (RM66.5 juta).

Beliau berucap dalam Program Kenduri Rakyat Menyantuni Warga TLDM Lumut sempena Program MADANI Rakyat 2025 peringkat Negeri Perak yang berlangsung di pangkalan itu, semalam.

Turut hadir, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button