BERITA SEMASAPMX

PM umum pelantikan lima tokoh anggotai badan penasihat khas

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memngumumkan pelantikan lima individu bagi menganggotai badan penasihat khas membantu beliau selaku Menteri Kewangan.

Menurut Perdana Menteri, badan penasihat khas tersebut terdiri daripada golongan profesional serta pakar ekonomi dan akan diketuai oleh Penasihat Petronas, Tan Sri Hassan Marican.

Antara nama lain yang diumumkan sebagai anggota termasuk Pengerusi Eksekutif FVSB, Datuk Ahmad Fuad Md Ali; Profesor Ekonomi Universiti Sunway, Profesor Dr. Yeah Kim Leng; Profesor Ekonomi Universiti Malaya, Datuk Profesor Ulung Rajah Rasiah; dan Pengerusi Sarawak Energy Berhad, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi.

“Saya mengulangi pendirian bahawa badan penasihat khas yang dilantik ini tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan,” kata Anwar dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button