BERITA SEMASA

PM ucap takziah kematian bekas presiden AS

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kekagumannya terhadap keberanian bekas presiden Amerika Syarikat (AS), mendiang Jimmy Carter dalam memperjuangkan isu Palestin dan menentang lobi pro-Israel.

Kata Anwar, keberanian Carter yang meletakkan prinsip mengatasi pendirian politik dalam isu Palestin tidak dapat diragui.

“Mendiang berani menentang “rail ketiga” politik Amerika dengan melabelkan amalan Israel di Palestin sebagai aparteid, jauh sebelum ramai yang berani melakukannya.” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Tambahnya, untuk itu juga Carter berdepan kritikan pedas daripada pelobi pro-Israel namun tetap teguh memperjuangkan penyelesaian dua negara.

“Hingga ke akhir hayatnya, beliau tidak berbelah bahagi (berjuang), tidak goyah, satu usaha kukuh untuk perdamaian dan keadilan.

Bagi Anwar, apa yang paling menonjol tentang Carter lagi adalah mengenai kesediaan pemimpin itu untuk melawan kebijaksanaan konvensional elit politik Amerika mengenai isu penting berkaitan perang dan keamanan,” kata Anwar lagi.

Anwar turut mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang di atas kematian bekas presiden kw-39 itu.

“Saya bersama pemimpin-pemimpin lain merakamkan rasa kesedihan atas kehilangan Jimmy Carter, dan meraikan abad luar biasa pengabdiannya kepada negara dan kemanusiaan,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button