Berita SemasaPM X

PM tiba di Brunei, lawatan rasmi dua hari

BANDAR SERI BEGAWAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Bandar Seri Begawan malam tadi bagi memulakan lawatan kerja rasmi negara dua hari di Brunei Darussalam.

Ia bagi mengadakan pertemuan dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah sempena Rundingan Tahunan Pimpinan (ALC) ke-25 Malaysia-Brunei selepas Malaysia menjadi tuan rumah tahun lalu.

Pesawat khas dari Kuala Lumpur yang membawa Perdana Menteri tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada pukul 9.15 malam.

Ketibaan Perdana Menteri disambut Kuasa Usaha Sementara Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bandar Seri Begawan, Nur Ezira Mahadi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Kewangan dan Ekonomi II Brunei, Dato Seri Setia Dr. Awang Mohd Amin Liew Abdullah.

Turut menyambut ketibaan Perdana Menteri, Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Mohammad Irwan Hambali dan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Major General Dato Paduka Seri Muhd Haszaimi Bol Hassan.

Delegasi Perdana Menteri bagi ALC kali ini disertai Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Hadir sama, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan; timbalan menteri serta pegawai kanan kerajaan.

Perdana Menteri seterusnya mengadakan mesyuarat Pra-mesyuarat (pre-council) delegasi Malaysia sebelum memulaka ALC ke-15 bersama kerajaan Brunei, hari ini.

Sempena lawatan rasmi ALC hari ini, Perdana Menteri turut dijadual menghadiri Majlis Mengadap Empat Mata bersama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman, hari ini.

Pengisian utama pertemuan dengan Sultan Hassanal Bolkiah antara lain bakal membincangkan soal kerjasama dua hala pelbagai sektor termasuk berkaitan keselamatan sempadan dan pengangkutan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button