
PM tiba di Bahrain untuk lawatan rasmi
MANAMA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini untuk lawatan rasmi ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain Salman Hamad Al Khalifa.
Memetik laporan Bernama, pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bahrain pada pukul 12.45 tengah malam (5.45 pagi waktu Malaysia).
Lawatan Perdana Menteri kali ini diiringi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan dan pegawai kanan kerajaan.

Ketibaan beliau disambut Menteri Luar Bahrain, Dr Abdullatif Rashid Al Zayani; Timbalan Gabenor, Muharraq Brigedier Jeneral Jassim Mohammed Al Ghattam; Duta Malaysia ke Bahrain, Shazryll Zahiran dan Duta Bahrain ke Malaysia, Dr Waleed Khalifa Al Manea.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |