Berita SemasaPM X

PM terima sambutan rasmi di Amiri Diwan

Menghadap Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani

DOHA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi sambutan rasmi di Amiri Diwan sempena kunjungan beliau ke Qatar selama tiga hari.

Ketibaan Anwar pada pukul 10.30 pagi waktu tempatan (3.30 petang waktu Malaysia) disambut Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani.

Anwar kemudian meneruskan sesi mengadap Sheikh Tamim di pejabat Baginda sebelum meneruskan pertemuan bersama rakan sejawatnya, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani yang juga Menteri Luar Negeri Qatar.

Hadir sama, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Untuk rekod, Amiri Diwan adalah dewan pemerintahan Qatar yang juga badan berdaulat yang menempatkan pejabat pentadbiran Emir Qatar.

Lawatan Perdana Menteri dianggap penting kali ini mengambil kira hubungan bilateral kedua-dua negara yang sudah mencapai 50 tahun.

Jadual padat selama tiga hari ini bakal menumpukan usaha membuka segala pintu pelaburan selain turut menyentuh krisis ketegangan di Palestin.

Untuk rekod, hubungan diplomatik ini juga telah membawa jumlah pelaburan yang positif sebanyak RM4.2 bilion setakat tahun lalu.

Beliau juga dijadual menghadiri Forum Ekonomi Qatar esok.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button