BERITA SEMASAPMX
PM solat Jumaat di Surau Al-Iman, Putrajaya
PUTRAJAYA — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa bersama lebih 500 jemaah menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Iman, Presint 9, di sini.
Beliau turut mendengar khutbah Jumaat bertajuk “Hebahkan pernikahan, sempurnakan tuntutan” yang disampaikan oleh Imam Sallehuddin Jamaluddin.
Anwar yang mengenakan baju Melayu berwarna biru dilihat menyantuni ahli jawatankuasa surau, penduduk setempat serta jemaah yang hadir, sebaik selesai menunaikan solat fardu berkenaan.
Selesai solat, Perdana Menteri berjalan kaki kira-kira 100 meter menuju ke Restoran Kampung Pandan Kari Kepala Ikan Termasyhur bagi menikmati juadah tengah hari bersama rombongan beliau.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








