PM zahir simpati, minta siasatan menyeluruh insiden pesawat TUDM
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan simpati terhadap juruterbang dan pembantu juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terlibat dalam insiden pesawat di kawasan landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, malam tadi.
Dalam satu kenyataan, Anwar mendoakan agar kedua-dua anggota yang kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), diberikan kesembuhan segera serta dipermudahkan segala urusan rawatan dan pemulihan.
“Saya menzahirkan simpati terhadap juruterbang dan pembantu juruterbang TUDM yang terlibat dalam insiden di kawasan landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah (Pangkalan Udara Kuantan) malam tadi.
“Saya mendoakan agar kedua-dua anggota yang cedera diberikan kesembuhan segera serta dipermudahkan segala urusan rawatan dan pemulihan,” katanya dalam satu kenyataan X.
Beliau turut meminta agar pihak berkuasa menjalankan siasatan yang menyeluruh bagi mengenal pasti punca kejadian dan memastikan langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya diambil.
Semalam, sebuah pesawat pejuang F/A-18D Hornet milik TUDM terlibat dalam satu kemalangan di landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








