
PM sampaikan sumbangan kepada Sarimah, Dharma Harun
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada artis legenda, seniwati Datuk Sarimah Ahmad dan seniman Dharma Harun Al-Rashid.
Sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Farhan Fauzi yang berkesempatan menziarahi kedua-dua pelakon terkenal suatu ketika dahulu itu.
“Mereka yang pernah terkenal dalam pentas layar negara menerusi karya masing-masing kini diuji dengan musibah penyakit yang amat mengesankan.
“Dalam pertemuan ini, saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan daripada pihak saya bagi membantu urusan harian dan perubatan mereka.

“Saya mendoakan mereka berdua dikurniakan afiyah serta sentiasa diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga tercinta, Insya-Allah,” katanya dalam satu hantaran dalam laman media sosialnya.
Sarimah, 82, antara pelakon legenda filem klasik dengan membintangi filem seperti Ali Baba Bujang Lapok, Madu Tiga, Ibu Mertuaku, dan Tiga Abdul pernah menghidap kanser usus tahap tiga pada 2022 dan kini, bebas dan pulih daripada penyakit itu selepas menjalani pembedahan.
Dharma Harun, 68, pula yang terkenal menerusi filem Adik Manja masih mengalami beberapa kesan sampingan seperti kesukaran bertutur dan mengingati sesuatu termasuk menghidap asma selepas diserang angin ahmar empat tahun lalu.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |