BERITA SEMASAPMX

PM minta pemimpin masyarakat bantu perjelas inisiatif kerajaan kepada rakyat

SHAH ALAM – Pemimpin masyarakat diminta untuk bersama-sama membantu kerajaan dalam memperjelaskan inisiatif dan pencapaian yang telah diraih oleh Kerajaan Madani untuk rakyat di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dakwaan segelintir pihak yang mendakwa kerajaan tidak melakukan apa-apa sejak memegang tampuk pemerintahan negara adalah sama sekali tidak benar.

Justeru itu, beliau meminta agar mereka tidak terpengaruh dengan persepsi negatif yang dimainkan oleh pihak-pihak tertentu, termasuk pembangkang terhadap kerajaan.

Sebagai contoh inisiatif, Perdana Menteri berkata, banyak kejayaan yang telah dicapai oleh kerajaan, seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan kenaikan gaji penjawat awam, yang kini memberi manfaat kepada sebahagian besar masyarakat.

“Kalau ada yang kata dia tahu kita tidak buat apa, itu tidak betul. Saya boleh katakan hampir semua dapat STR dan untuk tahun 2025, kita peruntuk RM13 bilion.

“Begitu juga soal pelaburan dan ekonomi yang semakin baik dan juga soal gaji penjawat awam yang kita tambah baik selepas lebih 12 tahun tiada perubahan ketara,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Pemimpin Tempatan Negeri Selangor di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan barisan exco kerajaan negeri.

Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan, semasa mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Selangor hari ini, menekankan pentingnya mempercepatkan projek-projek yang berkaitan dengan rakyat, serta meningkatkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

“Antaranya projek tebatan banjir, sekolah, kesihatan, masjid dan perumahan rakyat yang turut memerlukan kerjasama dengan pihak swasta dan pihak berkuasa tempatan dalam menjayakannya.

“Saya titipkan pesanan, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri perlu terus bekerja keras untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang demi kesenangan serta kebajikan rakyat jelata,” ujarnya dalam satu kenyataan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button