Berita SemasaPM X

PM Malaysia, Singapura saksikan pelaksanaan projek RTS Link

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan pelaksanaan Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) antara Malaysia dan Singapura.

Hadir sama menyaksikan pelaksanaan projek tersebut, rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong.

Anwar dan Lee kemudian menandatangani plak sebagai simbolik komitmen kedua-dua negara bagi menjayakan projek berkenaan yang sudah mencapai tahap kemajuan 65 peratus hingga 31 Disember lalu sepertimana yang dijadualkan.

Turut hadir pada majlis sama, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Pemangku Menteri Pengangkutan Singapura, Chee Hong Tat.

Projek RTS Link merupakan rangkaian kereta api ulang-alik sepanjang empat kilometer yang menghubungkan stesen di Bukit Chagar, Johor dan di utara Woodlands, di Singapura.

Sistem tersebut mampu menampung kapasiti sehingga 10,000 penumpang setiap jam bagi satu laluan dan mengambil masa hanya lima minit antara kedua-dua stesen.

Laluan RTS dijadualkan siap pada Disember 2026 dn dijangka membuka lembaran baharu perhubungan dua hala antara kedua-dua negara termasuk inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang kini sedang dalam perbincangan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button