
PM lawat Kelantan tinjau sendiri situasi banjir
KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tiba di Kelantan bagi meninjau sendiri situasi banjir di negeri berkenaan.
Pesawat yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa, di sini pada pukul 12.08 tengah hari tadi.
Ketibaan beliau disambut oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Hadir sama, Ketua Pengarah Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Datuk Khairul Shahril Idrus.
Perdana Menteri dijadualkan ke Pasir Mas bagi melawat Jambatan Lubok Jong serta dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang di Kampung Repek dan Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Lati di Kampung Banggol Manok.
Sementara itu, Nadma dalam laporan hariannya berkata, Kelantan kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 21,377 orang yang ditempatkan di 68 PPS di lima daerah, meningkat berbanding 19,423 orang pada pukul 8 malam tadi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






