BERITA SEMASA

PM komited jadikan Malaysia destinasi pilihan pelabur

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia memberi fokus kepada usaha menarik pelaburan masuk ke dalam negara pada hari kedua di New York, Ameika Syarikat sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-78.

“Kerajaan Perpaduan memberi jaminan untuk memudahcara pelaburan demi menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan para pelabur,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebook rasminya hari ini.

Dalam pada itu katanya, beliau juga sempat mengadakan pertemuan bersama pemimpin Thailand dan Iraq selain bertemu Duta Khas Presiden Amerika Syarikat Mengenai Perubahan Iklim, pada hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button