
PUTRAJAYA – Isu mengenai kerja-kerja tebatan, pengorekan dan pembersihan sungai yang memberi kesan kepada kehidupan penduduk di Malaysia dan Thailand akan dibangkitkan dalam pertemuan Perdana Mneteri kedua buah negara itu negara nanti.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan bertemu rakan sejawatannya, Paetongtarn Shinawatra untuk menyelesaikan masalah Sungai Golok dan Rantau Panjang melibatkan tebatan, pengorekan serta pembersihan sungai yang menyebabkan kebanjiran di kawasan selatan Thailand dan Kelantan.
Bel;iau turut berkata, akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Myanmar, Senior General Min Aung Hlaing pada keesokan harinya sejurus tiba di Bangkok.
“Buat pertama kalinya, seorang ketua ASEAN akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Myanmar,” kata Anwar.
Katanya, meskipun ASEAN masih berpegang kepada Konsensus Lima Perkara sebagai syarat utama kerjasama dengan Myanmar, pertemuan itu diadakan atas dasar kemanusiaan.
“Jemaah Menteri turut bersetuju untuk meneruskan bantuan menerusi hospital medan yang dikendalikan oleh Angkatan Tentera Malaysia,” katanya lagi
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan, di sini hari ini.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, antara perkara yang akan dibincangkan dalam pertemuan bersama Aung Hlaing adalah cadangan untuk melanjutkan gencatan senjata.
“Mudah-mudahan dalam perbincangan saya dengan Perdana Menteri Myanmar pada 17 April ini, saya akan minta gencatan senjata dilanjutkan kerana kita mahu menghantar pasukan SMART dan menjamin keselamatan mereka,” katanya.
Beliau kemudian menangkis pandangan sinis sesetengah pihak yang mempersoalkan keprihatinan kerajaan terhadap krisis luar negara berbanding isu dalam negara, khususnya berkaitan Myanmar.
“Kalau masalah Myanmar tidak diselesaikan, kesannya akan sampai ke sini apabila lebih 200,000 pelarian Rohingya datang ke Malaysia. Penyeludupan candu dan opium juga akan meningkat.
“Rundingan antara dua negara dan ASEAN agak terbatas, jadi kita perlukan kebijaksanaan untuk merangkul kekuatan bersama,” jelas beliau.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |