BERITA SEMASAPMX

PM jumpa pengendali p-hailing pada 8 Ogos

Susulan kadar upah rendah

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berjumpa dengan syarikat pengendali perkhidmatan parcel hailing (p-hailing) berhubung isu berkaitan upah pengambilan dan penghantaran pada 8 Ogos ini.

Menurut Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam satu kenyataan, perjumpaan itu susulan pertemuan Anwar bersama rakan-rakan penghantar p-hailing pada 22 Julai lalu bagi memahami cabaran yang mereka hadapi.

“Perdana Menteri telah mengarahkan supaya satu pertemuan susulan diadakan bersama syarikat-syarikat pengendali perkhidmatan p-hailing.

“Syarikat-syarikat pengendali p-hailing akan dipanggil untuk berjumpa dengan Perdana Menteri dalam satu pertemuan yang dijadualkan 8 Ogos ini,” kata MOT dalam kenyataan tersebut, hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri pada 20 Julai lalu memaklumkan beliau akan memanggil semua syarikat pengendali p-hailing bagi memberikan penjelasan terhadap beberapa isu dihadapi penghantar makanan dan barang.

Ini selepas salah seorang penghantar makanan mendakwa kadar penghantaran ketika ini semakin menurun daripada RM7 ke bawah, sekali gus mengurangkan pendapatan mereka.

“Kerajaan Perpaduan sentiasa memberi perhatian terhadap isu kebajikan pekerja p-hailing dan terus komited dalam usaha memelihara kesejahteraan mereka di samping memastikan kemampanan pembangunan industri p-hailing selaras dengan konsep Malaysia Madani,” kata kenyataan itu lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button