BERITA SEMASAPMX

PM jumpa kumpulan penguatkuasa KPDN esok

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan amanat kepada pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam satu perjumpaan khas esok.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pertemuan yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini pukul 2.45 petang itu adalah yang julung kali diadakan sejak Bahagian Penguat Kuasa KPDN ditubuhkan pada tahun 1972.

“Inilah kali pertama Perdana Menteri hadir dalam satu sesi amanat khusus bersama warga penguatkuasa KPDN,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan sama, Armizan berkata, kerajaan amat menghargai sumbangan para penjawat awam dan mengiktiraf peranan penting perkhidmatan awam dalam menentukan keberkesanan penggubalan dan pelaksanaan dasar dan program kerajaan.

Sehubungan itu, Armizan mahu warga KPDN memperbaharui iltizam dan komitmen untuk meningkatkan produktiviti kerja, seiring pengumuman kenaikan gaji buat penjawat awam.

“Kecekapan dan ketangkasan kerja para penjawat awam di KPDN adalah amat penting untuk memelihara kepentingan rakyat.

“Ini termasuk dalam aspek pemantauan dan penguatkuasaan kefungsian KPDN yang terkait langsung dengan isu kepenggunaan dan kos sara hidup,” katanya.

Sementara itu katanya, KPDN hari ini menganjurkan Majlis Persaraan Sanjungan Budi, Kilauan Bakti bagi meraikan 45 orang pegawai yang telah dan akan bersara tahun ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button