BERITA SEMASAPMX

PM, Jemaah Menteri utus poskad khas kepada Setiausaha Agung PBB

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta barisan Jemaah Menteri mengirim sekeping poskad khas kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres bagi mendesak PBB menerima Palestin sebagai negara anggota.

Menurut Perdana Menteri, poskad khas tersebut yang turut menuntut keganasan dan kezaliman terhadap warga Palestin oleh rejim Zionis segera dihentikan akan diserahkan menerusi wakil tetap Malaysia ke PBB.

“Pagi ini saya dan jemaah menteri telah menandatangani dan mengirim sekeping poskad khas yang ditujukan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres.

“Poskad khas ini adalah bagi menzahirkan hasrat rakyat Malaysia dengan mendesak PBB menerima Palestin sebagai negara anggota dan menuntut keganasan dan kezaliman terhadap warga Palestin oleh rejim Zionis segera dihentikan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Poskad khas yang akan diutuskan kepada Guterres – Foto Facebook Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut berharap agar poskad yang mewakili suara tulus rakyat Malaysia ini mendapat perhatian serius daripada Guterres.

“Rakyat Malaysia boleh ikut serta dalam Kempen Pengiriman Poskad Khas kepada Setiausaha Agung PBB dengan membeli poskad ini bermula esok di semua pejabat pos atau menerusi laman sesawang rasmi Pos Malaysia Berhad,” ujarnya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button