BERITA SEMASA

PM jalani pemeriksaan kesihatan tahunan, disahkan sihat sepenuhnya

KUALA LUMPUR – Tahap kesihatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini disahkan berada dalam keadaan sangat baik selepas menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, di sini.

Pengarah hospital, Dr Farique Rizal Abdul Hamid berkata, pemeriksaan berjadual itu merupakan sebahagian daripada komitmen Perdana Menteri untuk memastikan beliau kekal sihat dan cergas dalam menjalankan tugas.

“Alhamdulillah, beliau berada dalam keadaan sihat dan boleh meneruskan tugasan rasmi seperti biasa,” memetik laporan Berita Harian hari ini.

Dr Farique menambah, pemeriksaan itu juga penting bagi memastikan Perdana Menteri terus bersedia untuk menerajui pentadbiran negara serta melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dengan penuh dedikasi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button