BERITA SEMASA

PM hulur sumbangan kepada pasangan suami isteri lumpuh akibat strok

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalurkan sumbangan kepada sepasang suami isteri yang terlantar akibat serangan strok di Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi yang mewakili Anwar dalam lawatan ziarah ke kediaman pasangan terbabit, semalam.

“Pasangan ini diuji dengan serangan strok yang menyebabkan kedua-duanya lumpuh dan memerlukan penjagaan rapi daripada ahli keluarga.

“Walaupun mereka dalam keadaan terlantar, kasih sayang dan kesabaran yang ditunjukkan amat menyentuh hati serta memberi keinsafan kepada kita semua,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Ahmad Farhan turut menyampaikan salam dan ucapan daripada Perdana Menteri selain menyerahkan sumbangan sebagai simbol sokongan serta solidariti kepada keluarga berkenaan.

Dalam pada itu, beliau mendoakan agar pasangan terbabit dan ahli keluarga yang menjaga mereka dikurniakan kesembuhan, ketabahan serta ketenangan dalam menghadapi ujian tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button