
PM harap kepimpinan baharu PDRM angkat reputasi pasukan ke tahap tertinggi
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan harapan agar kepimpinan baharu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat memperkukuh imej dan reputasi pasukan keselamatan negara sebagai institusi yang profesional, berintegriti dan diyakini rakyat.
Dalam satu hantaran di Facebook sebentar tadi, Anwar memaklumkan perkara itu antara yang disentuh ketika menerima kunjungan hormat Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail baru-baru ini.
“PDRM merupakan institusi penting kepada rakyat dan negara dan ia memerlukan iltizam serta komitmen tinggi bagi memastikan keamanan dan keselamatan negara terus dipertahankan,” katanya.
Beliau turut menekankan keperluan untuk memodenkan PDRM agar selari dengan kemajuan teknologi semasa termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam mendepani cabaran keselamatan yang semakin kompleks.
Dalam masa yang sama, Anwar turut menitipkan pesanan agar kebajikan pegawai, anggota dan veteran PDRM terus diberi perhatian.
“Saya yakin dan berharap kepimpinan baharu ini mampu mengangkat darjat PDRM bukan sahaja dalam aspek keberkesanan operasi, tetapi juga sebagai pasukan yang dihormati oleh seluruh masyarakat,” katanya lagi.
Perdana Menteri mengakhiri kenyataan beliau dengan mengucapkan selamat maju jaya kepada Mohd Khalid dalam menerajui institusi keselamatan tertinggi negara.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |