BERITA SEMASAPMX

PM terus zahir sokongan misi Global Sumud Flotilla

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menzahirkan sokongan terhadap misi kemanusian Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

Anwar menegaskan, misi tersebut harus diteruskan bagi memastikan bantuan dapat disampaikan dan disalur kepada rakyat Palestin.

“(Kita) masih mengharapkan (agar misi ini) berterusan dan kezaliman, keganasan Israel mesti dihentikan sekarang,” katanya ringkas.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-40 Pasar Tani Peringkat Kebangsaan dan Perasmian Pasar Tani Presint 4 di sini, hari ini.

Baca juga : Sukarelawan GSF ke Gaza terima perkhabaran duka

Beberapa negara sebelum ini memberi amaran kepada rakyat masing-masing yang menyertai GSF bahawa mereka terdedah kepada serangan Israel pada bila-bila masa.

GSF membawa bekalan makanan, ubat-ubatan serta mesej keamanan merentasi Laut Mediterranean dan dijadual tiba di perairan Gaza pada akhir bulan ini.

Misi berkenaan menghimpunkan gabungan antarabangsa dari Eropah, Asia, Afrika Selatan, Amerika Latin dan Asia Barat.

Semua delegasi menegaskan prinsip tanpa keganasan serta peranan kapal sebagai simbol solidariti masyarakat dunia terhadap krisis Gaza.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button