BERITA SEMASAPMX

PM dedah sistem MAHB digodam dengan tuntutan AS$10 juta

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa sistem Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah digodam.

Lebih membimbangkan, Anwar berkata, penggodam tersebut telah menuntut AS$10 juta sebagai bayaran tebusan, namun permintaan tersebut telah ditolak oleh beliau.

“Apabila dimaklum, saya tidak tunggu, lima saat saya terus jawab no (tidak) kepada tuntutan penjenayah tersebut.

“Semalam kita bicara tentang serangan siber dan godam.

“Ia agak berat terhadap MAHB dalam satu atau dua hari lalu. Jadi perbincangan bagaimana menyelesaikan termasuk tuntutan daripada penggodam untuk memperoleh dana 10 juta dolar atau sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-218 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan Malaysia tidak mungkin akan selamat jika mengizinkan negara menurut kehendak ultimatum penjenayah dan pengkhianat, sama ada dari dalam atau luar negara.

Tegas beliau, tindakan untuk tidak memenuhi tuntutan penggodam itu pastinya membawa risiko kepada kerajaan, namun ia membuktikan keperluan untuk meningkatkan keupayaan pihak berkuasa termasuk sektor perbankan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button