PM dedah dokumen pelupusan hutang peneroka Felda, desak Muhyiddin minta maaf
BANGI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengemukakan dokumen perjanjian berkait pelupusan hutang peneroka Felda selepas didesak oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN), semalam.
Dokumen yang ditandatangani beliau itu merupakan sebahagian daripada dokumen Akaun Rizab Perkhidmatan Kewangan berkaitan perkara itu.
Dokumen tersebut ditandatangani oleh bekas Pengerusi Felda, Ta,n Sri Idris Jusoh; Pengarah Besarnya, Datuk Amiruddin Abdul Satar bersama-sama tandatangan Anwar selaku Menteri Kewangan.
Sehubungan itu, Perdana Menteri mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf berhubung dakwaan bahawa beliau telah berbohong mengenai perkara itu.
“Justeru itu, saya mendesak Muhyiddin untuk memohon maaf atas fitnah yang dilemparkan kepada saya,” kata Anwar dalam satu kenyataan hari ini.



| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






